Selasa, 1 Disember 2009

Bangsa Yahudi


2012




Wednesday, November 18, 2009





Filem '2010', Ada Kaitan Dengan Kedatangan Dajjal?
HALAMAN HIBURANTERTARIK aku bila membaca ulasan filem yang menjadi primadona hiburan kini. Ulasan bertajuk Filem Hollywood '2012' Menyesatkan? Apa Kata Ulama... Filem box office yang merentap pehatian sebahagian besar penduduk planet bumi ini. Apa masalahnya?Maaf, aku ingin komen tambah.Ke 1:Filem ini ingin mengkondisikan umat manusia untuk meyakini bahawa the end of time atau apocolypse atau meyakinkaan bahawa hari Kiamat akan terjadi pada tarikh yang boleh ditentukan, iaitu pada 21 desember tahun 2012. Pada ku ini merupakan suatu ramalan yang sangat merbahaya dari sudut pandang aqidah Islam.Mengapa? Kerana Islam mengajarkan bahawa hanya Allah saja yang tahu bila berlakunya hari Kiamat. Bahkan Nabi Muhammad SAW (shollallahu ’alaih wa sallam) juga tidak tahu bila?
يَسْأَلُونَكَ عَنِ السَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَاهَا قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ رَبِّي
لَا يُجَلِّيهَا لِوَقْتِهَا إِلَّا هُوَ ثَقُلَتْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ
لَا تَأْتِيكُمْ إِلَّا بَغْتَةً يَسْأَلُونَكَ كَأَنَّكَ حَفِيٌّ عَنْهَا
قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ اللَّهِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ
"Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: "Bilakah terjadinya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru-haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba". Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui". (QS Al-A’raaf ayat 187)
Satu-satunya isyarat soal jadual hari Kiamat dari Rasulullah SAW hanyalah akan terjadi pada hari Jumaat. Tapi tidak disebut Jumaat bila, bulan dan tahun berapa? Wallahu a’lam. Hanya Allah Yang Maha Tahu.
Rasulullah SAW bersabda:
وَلَا تَقُومُ السَّاعَةُ إِلَّا فِي يَوْمِ الْجُمُعَةِ
“Dan tidak akan terjadi hari Kiamat kecuali pada hari Jum’at.” (HR Muslim).
Maka sesiapa yang lepas menonton filem ini yakin hari Kiamat akan berlaku pada tarikh tersebut bererti ia telah mempertaruhkan eksistensi aqidahnya.. jadi sesat. Maka tidak wajar jika ada mana-mana pihak yang mengutip maklumat selain dari sumbernya, iatu kitab Allah dan sabda Rasul Muhammad SAW. Tidak ada satu haditspun yang menjelaskan masa, bulan dan tahun kejadian hari Kiamat. Begitu juga dalam perkara-perkara lain, yang tidak berhukumkan dengan dengan sumber dari Allah dan Rasul.
Ke 2:Kisah dalam filem 2012 ini ternyata berakhir dengan masih tinggal lagi segelintir manusia yang dapat survive atau bertahan hidup sesudah dahsyatnya peristiwa hari Kiamat. Padahal dalam keimanan Islam, kita diajarkan, pada masa Malaikat Israfil meniup sangkakala pertama kali sebagai tanda Kiamat berlangsung, maka segenap makhluk bernyawa akan dimatikan Allah.Bila semuanya mati, Malaikat Israfil akan meniup sangkakala kali kedua, sebagai tanda berlangsungnya hari Berbangkit. Iaitu hari dimana kembalilah roh-roh ke jasadnya masing-masing untuk hidup semula.
وَنُفِخَ فِي الصُّورِ فَصَعِقَ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَمَنْ فِي الْأَرْضِ
إِلَّا مَنْ شَاءَ اللَّهُ ثُمَّ نُفِخَ فِيهِ أُخْرَى فَإِذَا هُمْ قِيَامٌ يَنْظُرُونَ
"Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa yang di langit dan di bumi kecuali siapa yang dikehendaki Allah. Kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi, maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu (putusannya masing-masing).” (QS Az-Zumar ayat 68)
Ertinya, idea di balik filem ini amat merbahaya, kerana ia ingin mengajak penonton ingkar adanya Kiamat dalam pengertian aqidah Islam. Islam mengajar, hari Kiamat merupakan the day of total destruction of the whole universe by Allah the Al-Mighty Creator (hari penghancuran total alam semesta atas kehendak Pencipta Yang Maha Kuasa, Allah SWT). Hari Kiamat merupakan berakhirnya kehidupan fana dunia untuk selanjutnya akan hadir kehidupan abadi akhirat yang sangat berbeda dengan dunia fana ini.
Sedangkan Kiamat menurut produser filem ini, ialah 'peradaban sistem dajjal' hanyalah sebuah proses evolusi perjalanan kehidupan manusia di dunia. Sehingga setelah berlangsungnya apocolypse, masih ada segelintir manusia terus hidup melewati dahsyatnya hari Kehancuran tersebut. Maknanya akan ada sejenis kehidupan dan peradaban baru yang muncul di planet bumi ini. Selanjutnya, siapakah yang bakal memimpin dan berkuasa di dunia sesudah 2012? Itu kita akan bincangkan kemudian.
Kita lihat apakah 'Peradaban Sistem Dajjal' ini? Menurut Ahmad Thomson di dalam bukunya 'Dajjal – The AntiChrist' mengatakan bahawa dunia yang sedang kita jalani ini, terutama sejak hampir satu abad yang lalu, adalah sebuah 'Sistem Dajjal'. Peradaban dunia semenjak ghaibnya 'Sistem Islam' berdasarkan Khilafah Islamiah, telah beransur-ransur mengarah dan membentuk menjadi sebuah peradaban yang sarat dengan 'Dajjalic Values'. Kian hari kian nyata di mana nilai-nilai Ilahi yang suci dan mulia secara sistematik telah mengalami marginalisasi alias penghapusan.
Begitulah hegemoniknya sistem Dajjal sehingga menurut Ahmad Thomson bilamana dalam waktu singkat oknum Dajjal muncul ke tengah umat manusia. Dajjal tersebut akan dinobatkan menjadi pemimpin sistem tersebut. Sebab sistem yang dibina dengan sebutan 'Novus Ordo Seclorum' (the New World Order) ini, sangat compatible dengan karakteristik oknum Dajjal. Berbagai line kehidupan telah dirancang dan dibentuk agar sesuai dengan the arrival of the AntiChrist (kedatangan Dajjal).
Segenap linekehidupan manusia yang mencakup ideologi, politik, ekonomi, sosial, budaya, tentera, pertahanan-keamanan, pendidikan dan hukum dijauhkan dari dienullah alias nilai-nilai Islam. Bahkan aspek entertainment dan hiburan pun diarah untuk menyambut kedatangan Dajjal, seperti yang dilakukan oleh filem tersebut. Begitulah kira-kira...
Ke 3:
Jika kita buka situs http://www.whowillsurvive2012.com/ yang merupakan 2012-Official Movie Site, maka bila anda klik kotak berjudul ”The Experience”, maka anda akan temukan salah satu kotak pilihan lagi dengan judul Vote For The Leader of the Post 2012 World (Pilihlah Pemimpin Dunia Paska 2012). Apakah maksud dan helahnya itu?
Tuan-tuan pembaca-pembaca budiman..
Maaf.. Sesungguhnya aku bimbang, gagasan tersembunyi di balik filem ini, cuba mempromosikan 'Penyelamat Palsu Dunia', iaitu Dajjal. Dajjal yang akan digambarkan sebagai Pemimpin dan Pelindung kepada survivors atau orang-orang yang berjaya selamat melewati bencana 2012 itu. Sungguh, mereka benar-benar berharap bahawa umat manusia akan memandang Dajjal sebagai figur pemilik syurga dan neraka, alias dialah Tuhan.
Barangsiapa mematuhinya dan merasa perlu, diberikan syurga kepadanya. Dan barangsiapa yang mengingkarinya dan merasa tidak perlu kepadanya, maka bakal dimasukkan ke dalam neraka Dajjal.
Sehingga Rasulullah SAW bersabda:
وَإِنَّ مِنْ فِتْنَتِهِ أَنَّ مَعَهُ جَنَّةً وَنَارًا فَنَارُهُ جَنَّةٌ وَجَنَّتُهُ نَارٌ
“Dan sesungguhnya di antara fitnahnya Dajjal memiliki syurga dan neraka. Maka nerakanya adalah syurga (Allah) dan syurganya adalah neraka (Allah).” (HR Ibnu Majah).
Maka sudah tiba masanya bagi setiap Muslim untuk persiapkan diri dan keluarganya dari fitnah yang paling dahsyat sepanjang zaman. Itulah fitnah Dajjal.
Akhirnya kita lihat, Nabi Muhammad SAW mengajar kita beberapa panduan untuk menyelamatkan diri dari fitnah Dajjal, antaranya:
Satu: Bacalah doa permohonan perlindungan Allah pada saat duduk sholat tahiyyat terakhir dalam sebelum salam kanan dan kiri:
اللهم إني أعوذبك بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ
وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari azab jahannam, dari azab kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian serta dari jahatnya fitnah Al-Masih Ad-Dajjal" (HR Muslim)
Kedua: Bacalah surat Al-Kahfi di malam Jumaat atau hari Jumaat sesuai hadits berikut:
من قرأ سورة الكهف يوم الجمعة فأدرك
الدجال لم يسلط عليه ، - أو قال : لم يضره
“Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi di hari Jumaat, maka Dajjal tidak dapat menguasainya atau memudharatkannya.” (HR Baihaqi)
Ketiga: Hafalkan sepuluh ayat pertama surat Al-Kahfi sesuai hadits berikut:
مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْفِ عُصِمَ مِنْ فِتْنَةِ الدَّجَّالِ
"Barangsiapa menghafal sepuluh ayat pertama surah Al-Kahfi, ia terlindungi dari fitnah Dajjal." (HR Abu Dawud)
Keempat: Menjauh dan tidak berkeinginan mendekati Dajjal pada masa kemunculannya telah tiba sesuai hadits berikut:
مَنْ سَمِعَ بِالدَّجَّالِ فَلْيَنْأَ عَنْهُ فَوَاللَّهِ إِنَّ الرَّجُلَ لَيَأْتِيهِ
وَهُوَ يَحْسِبُ أَنَّهُ مُؤْمِنٌ فَيَتَّبِعُهُ مِمَّا يَبْعَثُ بِهِ
مِنْ الشُّبُهَاتِ أَوْ لِمَا يَبْعَثُ بِهِ مِنْ الشُّبُهَاتِ هَكَذَا قَال
"Barangsiapa mendengar tentang Dajjal, hendaknya ia berupaya menjauh darinya, sebab demi Allah, sesungguhnya ada seseorang yang mendekatinya (Dajjal) sedang ia mengira bahawa Dajjal tersebut mukmin kemudian ia mengikutinya kerana faktor syubhat (tipu daya) yang ditimbulkannya." (HR Abu Dawud)
Kelima: Menetap di Mekkah atau Madinah pada masa Dajjal telah keluar dan berkeliaran dengan segenap fitnah yang ditimbulkannya. Sebagaimana hadits berikut:
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ مِنْ بَلَدٍ إِلَّا سَيَطَؤُهُ الدَّجَّالُ إِلَّا مَكَّةَ وَالْمَدِينَةَ وَلَيْسَ نَقْبٌ مِنْ أَنْقَابِهَا إِلَّا عَلَيْهِ الْمَلَائِكَةُ صَافِّينَ تَحْرُسُهَا
"Tidak ada negeri (di dunia) melainkan akan dipijak (dilanda/diintervensi) oleh Dajjal kecuali Mekah dan Madinah kerana setiap jalan dan lereng bukit dijagai oleh barisan Malaikat." (HR Bukhari-Muslim)
Sekian, Wallahu aklam.

KALIGRAFI ISLAM.....satu keperluan.....

KALIGRAFI ISLAM

Kaligrafi ialah seni kht orang Islam sejak dahulu kala sebagai hiasan dan tulisan untuk memuji Tuhan, disini kita akan melihat tntang kesenian Islam ini degan lebih jelas dan mampu utuk kita warisi dan menguasai seni tersebut.
Sebaik melangkah kedalam sebuah studio, saya terdengar bacaan ayat-ayat suci al-Quran berkumandang di udara. Kelihatan, Amor Jomni sedang sujud diatas sejadah berwarna warni di dalam studionya yang berdekatan dengan Tunis, ibu Negara Tunisia. Nama kampung tempat tinggal dan tempat beliau bekerja ialah Hamam Lif. Matanya tertutup dan mengadap kea rah Timur sambil berdoa sebelum bekerja.
Amor Jomni ialah seorang pakar kaligrafi, iaitu mereka yang menghasilkan satu bentuk seni tulisan tangan sebagai cara meluahkan perasaam melalui kreativiti Islam, sekaligus menjadi cabang kominikasi secara rohaniah yang penting. Kaligrafi berasal dari perkataan greek yang bermaksud “kecantikan” dan “penulisan”. Ia juga satu bentuk seni hiasan yang digunakan oleh ahli kaligrafi Arab khususnya bagi mereka bentuk gaya penulisan bagi memuji dan menulis nama Tuhan.
Menurut Rabbi Yasser, seorang yang lagi ahli kaligrafi terkenal, untuk menghasilkan sebuah karya kaligrafi yang cantik seseorang itu perlu bersembahyang terlebih dahulu. Setiap hari sebelum memulakan kerja, Ammor Jonni akan bersembahyang untuk mencari inspirasi bagi menghasilkan kerja yang cemerlang. Sebaik selesai sembahyang, beliau terus duduk diatas sejadah. Seluruh bilik sunyi sepi. Beliau kini telah bersedia untuk memulakan kerja. Kelihatan jari-jemari Ammor Jonni bergerak lembut diatas kertas yang terletak diatas ribanya. Bekas dakwat dan peralatan lain seperti gunting, pisau untuk memotong pen, pengasah serta qalam yang berbeza ukuran terletak diatas meja sebelahnya.
Qalam ialah sejenis pen yang diperbuat daripada rumput buluh halus kering. Mata pen itu berbeza ukuran mengikut enam gaya penulisan Arab. Cara Ammor Jonni memegang pen juga mengikuti tradisi iaitu hanya dengan menggunakan jari tengah, telunjuk dan ibu jari sambil menulis lembut diatas sehelai kertas. Pen itu boleh dibeli di pasara tetapi dakwat yang digunakan Ammor Jomni dibuat di rumah. Lazimnya resipi dakwat adalah rahsia. Bagaimanapun pakar kaligrafi Arab itu mendedahkan bahawa ia adalah campuran jelaga bersama air hujan, garam, gam arab dan sulfat besi.
Sambil menulis cantk diatas kertas, Ammor Jomni memberitahu bahawa beliau mula memniati bidang penulisan kaligrafi sejak berusia empat tahun iaiti selepas melihat abangnya menulis. Beliau kemudian, menjadikan kerja menulis khat sebagai hobi buat beberapa tahun. Beliau berlatih dua jam setiap hari dan juga sesekali melakukan kerja secara professional untuk kerajaan atau masjid. Seperti juga dakwatnya pakar kaligrafi ini belajar sendiri. Secara rasmi kerjanya sebagai ahli kaligrafi hanya bermula 20 tahun selepas beliau memegang berus. Ammor Jomni tidak menyediakan kelas secara rasmi tetapi beliau bersedia untuk mengajar sesiapa saja yang berminat untuk belajar.
Pada 1986 bakatnya diiktiraf dunia apabila Ammor Jomni Berjaya memenangi tempat ketiga di Pertandingan antarabangsa Kaligrafi Arab di Istanbul, Turki. Dalam pertandingan itu Ammor Jomi menulis sebuah puisi dengan gaya kaligrafi parsi. Pertandingan seperti ini memerlukan juri memilih satu teks khusus, biasanya satu surah Al-quran atau puisi untuk ditulius semula oleh peserta dalam bentuk kaligrafi yang sesuai. Untuk mengenalpasti gaya penulisan kaligrafi yang sesuai untuk teks tersebut, peserta mesri menguasai pelbagai gaya enulisan kaligrafi dengan baik. Kaligrafi yang terbaik mesti berupaya menyuntik kesegaran pasa maksud teks berkenaan.
Quran ialah sumber dan rujukan terbaik kepada kaligrafi Arab. Ammor Jomni juga mendapat inspirasi daripada senaskhah Quran antic milik keluarganya yang ditulis dengan gaya Maghreb, iaitu sejenis bentuk penulisan khat yang diguna secara meluas di Afrika Utara.
Kebanyakan naskhah Al-Quran yang disimpan di muzium Kesenian Islam di Rakaka Yang terletak kira-kira 10 km dari bandaraya Islam Kairouan ditulis menggunakan gaya kaligrafi awal Arab antara abad ke-9 dan ke-16.
Masjid besar Kairouan pula adalah muzium terbaik untuk mencari bahan rujukan Al-Quran lama, buku keagamaan dan manuskrip milik dunia Islam. Mengikut satu nota pendaftaran perpustakaan, muka surat Al-Quran yang bertulis dengan dakwat emas di atas kertas kulit berwarna biru ada disimpan oleh Masjid Besar Kairouan sejak abad ke 11. Quran lama itu ditulis dengan gaya kufik awal. Kaligrafi Arab utara bermula pada abang ke lima dan keenam AD di bahagian Timur Laut iaitu tempat tinggal puak nomad Arab tetapi hanya selepas kebangkitan Islam pada abad ke-7, kaligrafi Arab mula diangkat sebagai satu bentuk seni yang menarik. Malah, kaligrafi menggunakan dakwat emas ditulis mengikut kaedah yang diperkenalkan sejak abad ke-7 oleh seorang pengasas tatabahasa Arab, Abul Aswad Ad-Du`ali, orang pertama yang mengubah bahasa dan sistem penulisan Arab.
Muzium kesenian Islam juga menyimpan dua muka surat Al-Quram hadina iaitu surah Al-Kahf(gua) dan Baqara )lembu) yang ditulis dengan gaya Rayhani. Quran itu difahamkan diterbitkan semasa pemerintahan Zirid Badis pada 1020 AD. Berbeza dengan dakwat emas diatas kertas kulit kaligrafi, skrip jenis ini adalah hasil rombakan kedua penulisan Arab selepas 786 AD. Perubahan terakhir menjurus kepada usaha memudahkan sistem huruf vocal seperti yang diperkenalkan oleh ahli filologi dan kelsigrafer Arab terkenal, Khalil Ibn Ahmad al-Farahidi.
Malangnya, banyak muka surat Quran lama dikoyak dan dijual secara berasingan kepada orang awam untuk koleksi peribagi yang berselerak di seluruh dunia. Akibat kecurian itu, hanya beberapa mula surat saja yang tinggal dalam koleksi muzium. Bagaimanapun, pencuri antic bukanlah satu-satunya musuh kepada buku istimewa itu, malah setiap hari ada unsure lain yang turut memusnahkannya. Nasib baik, Muzium Rakada memiliki makmal moden dengan peralatan penting untuk membantu pekerja seperti Samir Gedah dan Hosni Chakroun menyimpan mikri filem dan membuat fotokopi semua muka surat. Langkah itu perlu untuk menjaga buku agama dan seni kaligrafi daripada musnah secara beransur-ansur.
Sumber : Majalah Going Places, Malaysia Airlines

kenapa Yahudi bijak?????

Mengapa Orang Yahudi Bijak? Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya. Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awalmengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!) Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi. Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara. Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti. Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidakhairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen. Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah! Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar. Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segipembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !! Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri. Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato! Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa. Dr. Stephen Carr Leon Daripada Institut Perguruan Malaysia Kampus Gaya, Sabah